Tuesday, July 3, 2007

Profil PKG

Pusat Kegiatan Guru Permaisuri terletak di kawasan Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu. Kedudukannya berhampiran dengan jalan utama yang menghubungkan Kuala Terengganu dan Kota Bahru. Jarak ke Pusat Sumber Pendidikan Negeri, Marang sejauh 90km. Jarak ke Pejabat Pelajaran Daerah Setiu sejauh 6km.


Beroperasi sebagai Pusat Sains Tempatan pada tahun 1978, Pusat Media Daerah tahun 1981 dan Pusat Sumber Pendidikan Daerah pada tahun 1986 dengan menumpang di Sekolah Kebangsaan Kampung Buloh. Kemudian pada tahun 1990 berpindah ke bangunan sendiri dan ditukar menjadi Pusat Kegiatan Guru Permaisuri.


1 comment:

mcdean said...

Keep on working..Tuan semakin canggih sekarang..

Lokasi Sekolah

Lokasi Sekolah

SEKOLAH AHLI PKG PERMAISURI

5 BUAH SEKOLAH MENENGAH

1. SMK Tengku Ibrahim, 22100 Setiu, Terengganu
2. SMK Putera Jaya, 22100 Setiu, Terengganu
3. SMK Guntong, 22040 Setiu, Terengganu
4. SMK Saujana, 22110 Setiu, Terengganu
5. SMK Penarik, 22120 Setiu, Terengganu

20 BUAH SEKOLAH RENDAH

6. SK Kampung Buloh, 22100 Setiu, Terengganu
7. SK Kampung Besut, 22100 Setiu, Terengganu
8. SK Permaisuri, 22100 Setiu, Terengganu
9. SK Lembah Jaya, 22100 Setiu, Terengganu
10. SK Putera Jaya, 22100 Setiu, Terengganu
11. SK Kampung Rahmat, 21450 Chalok, Terengganu
12. SK Guntong Luar, 22100 Setiu, Terengganu
13. SK Panchur Merah, 22100 Setiu, Terengganu
14. SK Bintang, 22030 Setiu, Terengganu
15. SK Guntong, 22040 Setiu, Terengganu
16. SK Banggol, 22100 Setiu, Terengganu
17. SK Saujana, 22110 Setiu, Terengganu
18. SK Fikri, 22110 Setiu, Terengganu
19. SK Kuala Setiu, 22050 Setiu, Terengganu
20. SK Penarik, 22120 Setiu, Terengganu
21. SK Mangkok, 22120 Setiu, Terengganu
22. SK Rhu Sepuloh, 22120 Setiu, Terengganu
23. SK Bari, 21010 Setiu, Terengganu
24. SK Telaga Papan, 21010 Setiu, Terengganu
25. SK Merang, 21010 Setiu, Terengganu

JAWATANKUASA PENGURUSAN PKG

Ke arah memantapkan penggunaan Pusat Kegiatan Guru secara berkesan, Jawatankuasa Pengurusan dibantu oleh 4 jawatankuasa kerja yang terdiri dari:

1. Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah.

- Bekerjasama meningkatkan pengurusan dan penggunaan
PSS sekolah ahli.
- Merancang dan melaksanakan program dan aktiviti PSS.
- Memupuk budaya membaca.
- Mewujudkan pakatan strategik dengan pelbagai agensi
yang releven.
- Memupuk semangat bantu membantu dan perkongsian
sumber.

2. Jawatankuasa Kerja Teknologi Maklumat.

- Mewujudkan kesedaran kepentingan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran.
- Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam penggunaan teknologi maklumat.
- Mengintegrasikan teknologi maklumat dalam pengurusan dan penggunaan PSS.

3. Jawatankuasa Kerja Latihan dan Penghasilan.

- Merangcang dan melaksanakan program peningkatan profesionalisme guru-guru sekolah ahli dan pembangunan sumber PKG.
- Menghasilkan kaki tangan sumber yang diperlukan untuk latihan dan penghasilan bahan teknopen mengikut keperluan setempat.
- Mengkaji laporan penilaian aktiviti bagi menentukan tindakan susulan.

4. Jawatankuasa Kerja Sosial dan Kebajikan.

- Memberi peluang guru-guru menjalankan aktiviti secara formal dan informal dengan terancang.
- Menggunakan kemudahan rekreasi dan bergotong-royong.
- Mewujudkan hubungan dengan agensi-agensi kerajaan, pihak swasta dan pertubuhan sosial untuk kecemerlangan pendidikan setempat.
- Merancang kepakaran daripada komuniti sekolah dan luar sekolah untuk mencapai matlamat PKG.